Saturday, October 20, 2012

Bab 2

MIZI semakin gelisah. Sedari tadi matanya tidak  lepas memandang jam di tangan.

'Ish..dah pukul 9.30 ni. Mana pulak dia pergi? Call tak angkat. Mesej pun tak  reply. Selalu buat perangai macam ni geram betul lah! .'

Mizi mendengus keras. Dia berjalan mundar mandir. Sekejap duduk dalam kereta..berdiri. Berjalan lagi mundar mandir melihat kereta yang dah mula memenuhi jalan raya di hadapannya. Dia masih bersabar menunggu Puteri Elya Nafisa yang sejak seminggu tidak memberi khabar berita. Sakitkah dia...Hati Mizi resah dibuatnya.

Dia pun tidak mengerti mengapa terlalu tinggi kasihnya kepada Puteri Elya Nafisa. Sejak mengenalinya kali pertama hati Mizi sudah ingin memilikinya. Terlalu istimewa gadis itu baginya. Biarpun keras hati Puteri Elya Nafisa sesekali meruntun hati lelakinya. Hanya berbekalkan kesabaran inilah dia masih berdiri di situ, di hadapan rumah Puteri Elya Nafisa untuk berjumpa dengan gadis yang sering bertamu dalam mindanya. Gadis yang menghadirkan rindu dalam hatinya. Terkadang penantiannya sia-sia apabila Puteri Elya Nafisa langsung tidak mengendahkannya. Mizi pulang ke rumah hampa. Tapi hari ini dia nekad. Puteri Elya Nafisa mesti keluar berjumpa dengannya. Seminggu tidak mendengar khabar berita membuatkan Mizi menjadi bingung. Semua kerja tidak menjadi. Dia risaukan Puteri Elya Nafisa. Sungguh...

'Saya dah sampai kat depan rumah.'

Puteri Elya Nafisa mengonyoh-gonyohkan matanya membaca mesej yang dihantar olah Mizi. Dia membuka inbox mesej telefon bimbitnya. Gila! 20 mesej sejak semalam. Dia baru sahaja aktifkan telefon bimbit pagi ini. Sengaja Puteri Elya Nafisa mematikan telefon bimbitnya kerana dia tidak mahu diganggu oleh sesiapapun tatkala hatinya tidak menentu. Dia perlukan ruang untuk bersendiri. Akhir-akhir ini masalahnya menjadi semakin rumit. Lebih-lebih lagi hubungannya dengan seseorang yang sangat dicintai dilambung badai. Hatinya   tidak mengizinkan untuk dia bercakap dengan sesiapapun.

Berdegup jantung Mizi sebaik saja terpandang wajah gadis itu terjegul di muka pintu. Hatinya tersentuh melihat bening matanya yang kelihatan bengkak seperti baru lepas menangis. Kenapa agaknya dia. Getus hati kecilnya.

"Kenapa datang?"

Tanpa perasaan bersalah Puteri Elya Nafisa mengajukan pertanyaan. Selamba matanya bagaikan degil untuk dihala ke arah lain, namun terpaksa juga bertaut pada wajah lelaki yang kelihatan sangat kasihan untuk disakiti. Entah kenapa apa saja yang dilakukan oleh lelaki itu untuk memenangi hatinya langsung tidak terkesan di jiwa. Butakah aku menilai yang mana kaca yang mana berlian? Huh....

"Saya nak jumpa dengan awak. Saya call awak offkan hanphone. Saya risau..." ujar Mizi sedikit gugup. Hatinya masih berdebar. Memang selalunya begitu setiapkali memandang wajah gadis yang berwajah serius merenung anak matanya.

"Saya ok je..awak tak payahlah nak risau sangat." Acuh tak acuh jawapan Puteri Elya Nafisa.

"Siapa tu Puteri?"

Jeritan mamanya dari dalam rumah membuatkan Puteri Elya Nafisa agak tersentap. Tiba-tiba suara mamanya membuat dia jadi serba salah. Kalau mama keluar ni habislah aku. Tetamu yang tak diundang ini pasti akan dipelawa masuk ke rumah..Problem ni..

"Kawan Ma...kawan tempat keje ada discussion pasal program sekolah.." Alamak apa aku merepek pulak ni. Ahh lantaklah asalkan mama tak keluar tengok kawan yang aku maksudkan ni kira selamatlah kan..

"Awak...boleh tunggu saya kat depan sana tak. Saya mandi dulu dan bersiap. Sekejap lagi kita jumpa."

Belum sempat Mizi bersuara, Puteri Elya Nafisa sudah pun menutup pintu. Mizi kelihatan terpinga-pinga lantas masuk ke dalam kereta menuruti sahaja arahan Puteri Elya Nafisa. Kecil hati? Dah biasa kecil hati dengan gadis yang tidak berperasaan terhadapnya. Dia memandu membelok ke selekoh jalan dan memberhentikan kereta di hadapan kedai runcit jauh sedikit dari rumah Puteri Elya Nafisa. Menunggu tanpa jemu si gadis serius. Terkilan tapi Mizi masih boleh tersenyum menggambarkan raut wajah Puteri Elya Nafisa.

"Jom..."

Terkejut Mizi yang sedang jauh mengelamun itu disentapkan oleh Puteri Elya Nafisa. Mizi memerhatikan gadis yang berpakaian t-shirt dan berseluar jeans kasual dengan senyuman.

"Jomlah senyum-senyum ni kenapa pulak?"

Puteri Elya Nafisa membentak. Meluat pulak rasanya melayan lelaki ini. Dia sebenarnya malas kalau mamanya dapat tahu Mizi datang ke rumah. Tentulah berbakul-bakul membebelnya membiarkan Mizi menunggunya berjam-jam di depan rumah. Pastinya akulah yang bersalah..tak berhati perut..blaa..blaa..blaa..Huhhhh..gerammnya. Ya Allah berdosa pulak membenci lelaki ini dengan begitu mendalam. Peninglah...

"Kita pergi naik gunung nak tak Puteri?"

Mizi menduga. Dia tahu Puteri Elya Nafisa ni sangat sukakan aktiviti-aktiviti lasak. Dia ingin menjadikan aktivitinya bersama gadis itu hari ini lebih menyeronokkan mungkin boleh menceriakan kemurungan pada wajah yang sememangnya tampak sugul itu.

"Macam mana Puteri?"

Puteri Elya Nafisa cuma diam. Menggeleng tidak mengangguk pun tidak. Dia tertumpu pada lagu yang sedang diputarkan oleh DJ radio Hot FM, FBI.

Entah harus dari mana ku memulai kata-kataku
resah gelisah tidak menentu, dari jauh lubuk hatiku
bukan, bukan keinginanku tuk mencoba meninggalkanmu
namun tak bisa kujelaskan, aku takut menyakitimu

Berat rasanya, berat rasanya untuk 

ungkapkan kata mesti bualan hati

Sayang maafkan aku ingin putus

Sayang maafkan kita harus putus

Tanpa disedari air mata yang kesekian kalinya menitis lagi di pipi. Puteri Elya Nafisa cuba menahan sebak di dadanya. Terasa begitu kejam dirinya ditinggalkan. Bukan kerana ditinggalkan tetapi dia sedih sangat saat dia  berperang dengan rasa sakit yang tidak diketahui oleh sesiapapun..Bukan kerana hilangnya rasa cinta daripada si dia tetapi ketika dia inginkan seseorang membaca derita di air mukanya. Cukuplah sekadar menemaninya menempuh ketakutan hari esok. Jadilah sahabat pada hatinya yang pasti akan meninggalkan segala yang ada di dunia ini. Ya Allah..kau menguji aku sehebat ini dan aku telah alpa ketika hadirnya sebagai 'cinta'.

Mizi terus meluncur laju memandu ke kawasan Hutan lipur bukit Soga yang terletak berhampiran dengan Bukit Perdana. Dibiarkan saja Puteri Elya Nafisa melayan perasaannya.


HUTAN LIPUR BUKIT SOGA BATU PAHAT

Mata Puteri Elya Nafisa tertancap pada papan tanda itu. Suatu ketika dulu dia memang berhasrat untuk mendaki gunung itu. Tapi dia pernah ada hasrat dengan seseorang yang dia sayangi bukan dengan lelaki di sebelahnya sekarang. Aduh..kenapa setiapkali aku impikan melakukan sesuatu dengan 'dia' selalu saja ada 'kau'. Kusut....Namun tidak juga Puteri Elya Nafisa menidakkan tiapkali dia bersedih, lelaki ini jugalah yang ada di depan mata.

"Puteri ok tak?.."

Mizi yang sudah pun sampai tangga ke tiga menunggu aku yang tercungap-cungap dari atas. Memang tough gila aktiviti aku hari ini. Sudahlah aku tak breakfast, mendaki dengan perut yang kosong terasa pula mual. Aku menoleh kebelakang..peh..gayat pulak rasa. Pandangan aku mula kabur...

Mizi sempat menyambut tubuh aku yang hampir menyembah bumi. Namun tangannya kutepis. Aku gagahkan diri untuk berdiri dengan sendiri. Memang nampak sombong aku ketika itu. Mungkin kalau lelaki lain aku diberi tendangan penalti agaknya.

"Kenapa tengok bawah tadi..nanti pening. Kalau mendaki kena pandang ke atas." bersahaja dia memberitahu.

"Jauh lagi ke nak sampai puncak ni?"

Aku cuba membayangkan pondok yang boleh melihat seluruh bandar Batu Pahat seperti yang diberitahu oleh   si Sara, rakan sekerja aku. Dua minggu lepas kami baru sahaja melaksanakan aktiviti Eksplorasi Rimba bersama pelajar sekolah-sekolah daerah Batu Pahat di sini.  Aku terlibat dengan jawatankuasa urusetia. Tapi tidak berkesempatan mendaki bersama mereka.

"Agak jauhlah jugak kena daki beberapa tangga lagi.."

Puteri Elya Nafisa mengangkat kepalanya mendongak ke atas. Sambil memotivasikan dirinya sendiri dia melangkahkan kakinya dengan laju menuju tangga yang seterusnya. Kali ini tangganya lebih tinggi tegak 90 darjah. Mizi yang kebingungan dengan tingkah aku menurut dari belakang. Risau dia kalau-kalau aku akan tersembam lagi.

Nafas aku tercungap-cungap. Terasa jantungku berdenyut laju. Sistem kardiovaskularku mengangkut oksigen ke seluruh sel-sel yang terlibat dalam badan, dan membawa keluar sisa-sisa metabolisme. Besar jantung adalah sebesar penumbuk kita lebih kurang 600gram beratnya. Aku mengingat-ingat kembali apa yang pernah aku pelajari semasa di universiti dulu.

"Kita rehat dulu kat sini ye Puteri..."

Puteri Elya Nafisa hanya menganggukkan kepalanya.

"Puteri larat lagi ke ni nak teruskan? Ada lebih kurang 3 peringkat tangga lagi ke atas.."

Kali ini pertanyaan Mizi menyebabkan aku berfikir panjang. Boleh ke aku sampai puncak ni. Aku sendiri seperti kurang yakin.

"Boleh!..memang boleh!..kenapa pulak tak boleh?..."

Tiba-tiba lantang aku menjawab. Seakan ada semangat yang membara baru meresap ke dalam jiwa yang diperkasakan oleh kuasa minda. Mizi terkejut. Dia memerhatikan saja gelagat aku. Aku pasti dia tidak berani berkata apa-apa sebaliknya menurut saja.

Kami meneruskan pendakian sehinggalah kami sampai ke puncak. Wah!..terujanya aku. Akhirnya aku berada di pondok yang dimaksudkan oleh Sara. Aku dapat melihat seluruh bandar Batu Pahat dengan jelas. Puas...huh..

Dalam perjalanan turun kami singgah di sebuah pondok berhampiran kawasan air terjun. Sejuknya.. terasa damainya hati. Hilang seketika rasa berkecamuk perasaan. Ringan sedikit beban yang dipikul. Tidak terasa langsung sakit yang dideritai. Alangkah baiknya jika setiap hari memiliki perasaan damai sebegini.

"Puteri seronok tak..?" sambil menghulurkan biskut yang dikeluarkan dari beg sandangnya Mizi mengaju soalan.

"Mestilah seronok..berjaya juga saya sampai kat atas nun..huh.."Biskut dikunyah dengan perasaan yang sungguh lapar.

Pandangan Puteri Elya Nafisa secara tidak sengaja dilemparkan ke wajah Mizi. Dengan muka yang terpaksa Puteri Elya Nafisa senyum. Wajah ceria lelaki itu cukup untuk memberitahu Puteri Elya Nafisa betapa bahagianya dia dapat menghabiskan waktu bersama hari ini.

Puteri Elya Nafisa terus menelan ubat sebelum badannya rebah di atas katil. Entah bila dia terlelap, dia sendiri tidak ingat. Mimpi bertamu lagi. Mimpi mengenai seseorang. Sedih menyelubungi hati yang sedang sayu. Air mata terjatuh sewaktu lenanya tergganggu. Allahuakbar (Allah Maha Besar) desisnya di dalam hati.



No comments:

Post a Comment