Saturday, October 20, 2012

Bab 3

Menatap indahnya senyuman di wajahmu, membuatkan aku terpaku. Rindunya perasaan ini yang terhimpun sehingga banyak kata yang tak mampu diungkapkan kepada dirimu. Kejamkah aku? Selfishkah aku? meninggalkan dirimu. Aku selalu memikirkan dirimu Puteri. Setiap masa walau dalam kesibukan aku di sini, bayangmu tidak terlepas dari pandanganku. Bisakah kau mengerti beban perasaan yang terpaksa aku pikul ini?. Pernahkah kau cuba untuk memahami aku? Aku selalu ingin bersamamu setiap masa tapi ada saja halangan. Tahukah kau apa perasaanku sepanjang perhubungan kita ini? Aku terlalu menyayangi kamu. Aku sayang kamu Puteri.

ADAM menulis apa yang dirasa semahu hatinya. Begitulah cara dia melepaskan perasaan. Dia ingin menuliskan sesuatu buat Puteri tetapi semuanya tidak dapat diluahkan. Betapa tertekannya dia menghadapi kerinduan. Dia langsung tidak dapat menumpukan perhatiannya pada pelajaran. Selama ini Puterilah yang menjadi pendorong. Puteri akan memberi kata-kata semangat setiapkali dia ingin menduduki peperiksaan. Puteri selalu ada di sisi ketika dia memerlukan. Puteri akan membuat dia tersenyum walaupun ketika itu dia sedang bersedih. Sungguh! Adam tidak dapat melupkan Puteri. Bagaimana untuk melupakan kamu..

Setiap nafas yang dihembus
setiap degupan jantung
aku selalu memikirkanmu

dalam sedar dibuai angan
dalam tidur dan khayalan
aku selalu memikirkanmu

ternyata kuperlukan cinta
dari dirimu sayang
barulah terasa kubernyawa

kasihku ku amat menyintai kamu
kerna kau beri erti hidup
ku kan terus mencinta
sedetik lebih selepas selamanya

di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
kubersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia 
asal masih adanya kamu...




'Biey selalu saja mendiamkan diri biey. Biey tak mempedulikan sayang lagi. Sayang selalu mengharapkan mesej daripada biey. Sayang bukan sengaja untuk meninggalkan biey. Sayang tahu biey sakit. Sayang dapat merasakan apa yang biey rasakan sekarang. Hanya Tuhan yang tahu. Bagaimanakah lagi untuk sayang buktikan kepada biey..? Sayang tak boleh tanpa biey...'

Airmata menitis jua di kelopak matanya. Adam tidak dapat fokus pada peperiksaan yang bakal diduduki lusa. Dia belum membuat apa-apa persediaan langsung kerana terlalu mengikut perasaan. Dia tidak tenang selagi Puteri Elya Nafisa hanya mendiamkan diri tidak menjawab panggilan dan mesej daripadanya. Hatinya betul-betul resah dan risau. Kenangan pula tidak mahu berhenti bertamu. Sedih..Adam sedih.

Bab 2

MIZI semakin gelisah. Sedari tadi matanya tidak  lepas memandang jam di tangan.

'Ish..dah pukul 9.30 ni. Mana pulak dia pergi? Call tak angkat. Mesej pun tak  reply. Selalu buat perangai macam ni geram betul lah! .'

Mizi mendengus keras. Dia berjalan mundar mandir. Sekejap duduk dalam kereta..berdiri. Berjalan lagi mundar mandir melihat kereta yang dah mula memenuhi jalan raya di hadapannya. Dia masih bersabar menunggu Puteri Elya Nafisa yang sejak seminggu tidak memberi khabar berita. Sakitkah dia...Hati Mizi resah dibuatnya.

Dia pun tidak mengerti mengapa terlalu tinggi kasihnya kepada Puteri Elya Nafisa. Sejak mengenalinya kali pertama hati Mizi sudah ingin memilikinya. Terlalu istimewa gadis itu baginya. Biarpun keras hati Puteri Elya Nafisa sesekali meruntun hati lelakinya. Hanya berbekalkan kesabaran inilah dia masih berdiri di situ, di hadapan rumah Puteri Elya Nafisa untuk berjumpa dengan gadis yang sering bertamu dalam mindanya. Gadis yang menghadirkan rindu dalam hatinya. Terkadang penantiannya sia-sia apabila Puteri Elya Nafisa langsung tidak mengendahkannya. Mizi pulang ke rumah hampa. Tapi hari ini dia nekad. Puteri Elya Nafisa mesti keluar berjumpa dengannya. Seminggu tidak mendengar khabar berita membuatkan Mizi menjadi bingung. Semua kerja tidak menjadi. Dia risaukan Puteri Elya Nafisa. Sungguh...

'Saya dah sampai kat depan rumah.'

Puteri Elya Nafisa mengonyoh-gonyohkan matanya membaca mesej yang dihantar olah Mizi. Dia membuka inbox mesej telefon bimbitnya. Gila! 20 mesej sejak semalam. Dia baru sahaja aktifkan telefon bimbit pagi ini. Sengaja Puteri Elya Nafisa mematikan telefon bimbitnya kerana dia tidak mahu diganggu oleh sesiapapun tatkala hatinya tidak menentu. Dia perlukan ruang untuk bersendiri. Akhir-akhir ini masalahnya menjadi semakin rumit. Lebih-lebih lagi hubungannya dengan seseorang yang sangat dicintai dilambung badai. Hatinya   tidak mengizinkan untuk dia bercakap dengan sesiapapun.

Berdegup jantung Mizi sebaik saja terpandang wajah gadis itu terjegul di muka pintu. Hatinya tersentuh melihat bening matanya yang kelihatan bengkak seperti baru lepas menangis. Kenapa agaknya dia. Getus hati kecilnya.

"Kenapa datang?"

Tanpa perasaan bersalah Puteri Elya Nafisa mengajukan pertanyaan. Selamba matanya bagaikan degil untuk dihala ke arah lain, namun terpaksa juga bertaut pada wajah lelaki yang kelihatan sangat kasihan untuk disakiti. Entah kenapa apa saja yang dilakukan oleh lelaki itu untuk memenangi hatinya langsung tidak terkesan di jiwa. Butakah aku menilai yang mana kaca yang mana berlian? Huh....

"Saya nak jumpa dengan awak. Saya call awak offkan hanphone. Saya risau..." ujar Mizi sedikit gugup. Hatinya masih berdebar. Memang selalunya begitu setiapkali memandang wajah gadis yang berwajah serius merenung anak matanya.

"Saya ok je..awak tak payahlah nak risau sangat." Acuh tak acuh jawapan Puteri Elya Nafisa.

"Siapa tu Puteri?"

Jeritan mamanya dari dalam rumah membuatkan Puteri Elya Nafisa agak tersentap. Tiba-tiba suara mamanya membuat dia jadi serba salah. Kalau mama keluar ni habislah aku. Tetamu yang tak diundang ini pasti akan dipelawa masuk ke rumah..Problem ni..

"Kawan Ma...kawan tempat keje ada discussion pasal program sekolah.." Alamak apa aku merepek pulak ni. Ahh lantaklah asalkan mama tak keluar tengok kawan yang aku maksudkan ni kira selamatlah kan..

"Awak...boleh tunggu saya kat depan sana tak. Saya mandi dulu dan bersiap. Sekejap lagi kita jumpa."

Belum sempat Mizi bersuara, Puteri Elya Nafisa sudah pun menutup pintu. Mizi kelihatan terpinga-pinga lantas masuk ke dalam kereta menuruti sahaja arahan Puteri Elya Nafisa. Kecil hati? Dah biasa kecil hati dengan gadis yang tidak berperasaan terhadapnya. Dia memandu membelok ke selekoh jalan dan memberhentikan kereta di hadapan kedai runcit jauh sedikit dari rumah Puteri Elya Nafisa. Menunggu tanpa jemu si gadis serius. Terkilan tapi Mizi masih boleh tersenyum menggambarkan raut wajah Puteri Elya Nafisa.

"Jom..."

Terkejut Mizi yang sedang jauh mengelamun itu disentapkan oleh Puteri Elya Nafisa. Mizi memerhatikan gadis yang berpakaian t-shirt dan berseluar jeans kasual dengan senyuman.

"Jomlah senyum-senyum ni kenapa pulak?"

Puteri Elya Nafisa membentak. Meluat pulak rasanya melayan lelaki ini. Dia sebenarnya malas kalau mamanya dapat tahu Mizi datang ke rumah. Tentulah berbakul-bakul membebelnya membiarkan Mizi menunggunya berjam-jam di depan rumah. Pastinya akulah yang bersalah..tak berhati perut..blaa..blaa..blaa..Huhhhh..gerammnya. Ya Allah berdosa pulak membenci lelaki ini dengan begitu mendalam. Peninglah...

"Kita pergi naik gunung nak tak Puteri?"

Mizi menduga. Dia tahu Puteri Elya Nafisa ni sangat sukakan aktiviti-aktiviti lasak. Dia ingin menjadikan aktivitinya bersama gadis itu hari ini lebih menyeronokkan mungkin boleh menceriakan kemurungan pada wajah yang sememangnya tampak sugul itu.

"Macam mana Puteri?"

Puteri Elya Nafisa cuma diam. Menggeleng tidak mengangguk pun tidak. Dia tertumpu pada lagu yang sedang diputarkan oleh DJ radio Hot FM, FBI.

Entah harus dari mana ku memulai kata-kataku
resah gelisah tidak menentu, dari jauh lubuk hatiku
bukan, bukan keinginanku tuk mencoba meninggalkanmu
namun tak bisa kujelaskan, aku takut menyakitimu

Berat rasanya, berat rasanya untuk 

ungkapkan kata mesti bualan hati

Sayang maafkan aku ingin putus

Sayang maafkan kita harus putus

Tanpa disedari air mata yang kesekian kalinya menitis lagi di pipi. Puteri Elya Nafisa cuba menahan sebak di dadanya. Terasa begitu kejam dirinya ditinggalkan. Bukan kerana ditinggalkan tetapi dia sedih sangat saat dia  berperang dengan rasa sakit yang tidak diketahui oleh sesiapapun..Bukan kerana hilangnya rasa cinta daripada si dia tetapi ketika dia inginkan seseorang membaca derita di air mukanya. Cukuplah sekadar menemaninya menempuh ketakutan hari esok. Jadilah sahabat pada hatinya yang pasti akan meninggalkan segala yang ada di dunia ini. Ya Allah..kau menguji aku sehebat ini dan aku telah alpa ketika hadirnya sebagai 'cinta'.

Mizi terus meluncur laju memandu ke kawasan Hutan lipur bukit Soga yang terletak berhampiran dengan Bukit Perdana. Dibiarkan saja Puteri Elya Nafisa melayan perasaannya.


HUTAN LIPUR BUKIT SOGA BATU PAHAT

Mata Puteri Elya Nafisa tertancap pada papan tanda itu. Suatu ketika dulu dia memang berhasrat untuk mendaki gunung itu. Tapi dia pernah ada hasrat dengan seseorang yang dia sayangi bukan dengan lelaki di sebelahnya sekarang. Aduh..kenapa setiapkali aku impikan melakukan sesuatu dengan 'dia' selalu saja ada 'kau'. Kusut....Namun tidak juga Puteri Elya Nafisa menidakkan tiapkali dia bersedih, lelaki ini jugalah yang ada di depan mata.

"Puteri ok tak?.."

Mizi yang sudah pun sampai tangga ke tiga menunggu aku yang tercungap-cungap dari atas. Memang tough gila aktiviti aku hari ini. Sudahlah aku tak breakfast, mendaki dengan perut yang kosong terasa pula mual. Aku menoleh kebelakang..peh..gayat pulak rasa. Pandangan aku mula kabur...

Mizi sempat menyambut tubuh aku yang hampir menyembah bumi. Namun tangannya kutepis. Aku gagahkan diri untuk berdiri dengan sendiri. Memang nampak sombong aku ketika itu. Mungkin kalau lelaki lain aku diberi tendangan penalti agaknya.

"Kenapa tengok bawah tadi..nanti pening. Kalau mendaki kena pandang ke atas." bersahaja dia memberitahu.

"Jauh lagi ke nak sampai puncak ni?"

Aku cuba membayangkan pondok yang boleh melihat seluruh bandar Batu Pahat seperti yang diberitahu oleh   si Sara, rakan sekerja aku. Dua minggu lepas kami baru sahaja melaksanakan aktiviti Eksplorasi Rimba bersama pelajar sekolah-sekolah daerah Batu Pahat di sini.  Aku terlibat dengan jawatankuasa urusetia. Tapi tidak berkesempatan mendaki bersama mereka.

"Agak jauhlah jugak kena daki beberapa tangga lagi.."

Puteri Elya Nafisa mengangkat kepalanya mendongak ke atas. Sambil memotivasikan dirinya sendiri dia melangkahkan kakinya dengan laju menuju tangga yang seterusnya. Kali ini tangganya lebih tinggi tegak 90 darjah. Mizi yang kebingungan dengan tingkah aku menurut dari belakang. Risau dia kalau-kalau aku akan tersembam lagi.

Nafas aku tercungap-cungap. Terasa jantungku berdenyut laju. Sistem kardiovaskularku mengangkut oksigen ke seluruh sel-sel yang terlibat dalam badan, dan membawa keluar sisa-sisa metabolisme. Besar jantung adalah sebesar penumbuk kita lebih kurang 600gram beratnya. Aku mengingat-ingat kembali apa yang pernah aku pelajari semasa di universiti dulu.

"Kita rehat dulu kat sini ye Puteri..."

Puteri Elya Nafisa hanya menganggukkan kepalanya.

"Puteri larat lagi ke ni nak teruskan? Ada lebih kurang 3 peringkat tangga lagi ke atas.."

Kali ini pertanyaan Mizi menyebabkan aku berfikir panjang. Boleh ke aku sampai puncak ni. Aku sendiri seperti kurang yakin.

"Boleh!..memang boleh!..kenapa pulak tak boleh?..."

Tiba-tiba lantang aku menjawab. Seakan ada semangat yang membara baru meresap ke dalam jiwa yang diperkasakan oleh kuasa minda. Mizi terkejut. Dia memerhatikan saja gelagat aku. Aku pasti dia tidak berani berkata apa-apa sebaliknya menurut saja.

Kami meneruskan pendakian sehinggalah kami sampai ke puncak. Wah!..terujanya aku. Akhirnya aku berada di pondok yang dimaksudkan oleh Sara. Aku dapat melihat seluruh bandar Batu Pahat dengan jelas. Puas...huh..

Dalam perjalanan turun kami singgah di sebuah pondok berhampiran kawasan air terjun. Sejuknya.. terasa damainya hati. Hilang seketika rasa berkecamuk perasaan. Ringan sedikit beban yang dipikul. Tidak terasa langsung sakit yang dideritai. Alangkah baiknya jika setiap hari memiliki perasaan damai sebegini.

"Puteri seronok tak..?" sambil menghulurkan biskut yang dikeluarkan dari beg sandangnya Mizi mengaju soalan.

"Mestilah seronok..berjaya juga saya sampai kat atas nun..huh.."Biskut dikunyah dengan perasaan yang sungguh lapar.

Pandangan Puteri Elya Nafisa secara tidak sengaja dilemparkan ke wajah Mizi. Dengan muka yang terpaksa Puteri Elya Nafisa senyum. Wajah ceria lelaki itu cukup untuk memberitahu Puteri Elya Nafisa betapa bahagianya dia dapat menghabiskan waktu bersama hari ini.

Puteri Elya Nafisa terus menelan ubat sebelum badannya rebah di atas katil. Entah bila dia terlelap, dia sendiri tidak ingat. Mimpi bertamu lagi. Mimpi mengenai seseorang. Sedih menyelubungi hati yang sedang sayu. Air mata terjatuh sewaktu lenanya tergganggu. Allahuakbar (Allah Maha Besar) desisnya di dalam hati.



Bab 1

Teresak-esak air matanya deras mengalir membasahi bantal yang dipeluk rapat ke dada. Semakin dipujuk hati supaya bertenang namun semakin kuat tangisannya. Puteri Elya Nafisa menggigit bantal dalam pelukannya dan menangis lagi semahu hati. Dijeling jam pada dekoder astro, menunjukkan sudah pukul 1.45 pagi. Dia cuba untuk duduk tapi kepalanya masih sakit. Dahinya dipicit-picit keras..aduh..Dia membaringkan semula diri ingin menyambung kembali tidurnya yang diganggu.

Matanya memandang ke atas siling, kipas berpusing..fikirannya jauh melayang.

'Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Maafkan dia..Kau lindungilah dia..Berikanlah kebaikan di mana sahaja dia berada. Sesungguhnya aku redha. Engkau tenangkanlah hati ini. Jika melupakannya adalah pilihan terbaik bagiku Kau hilangkanlah dia dari pandangan mata ini Ya Allah. Tolong  Ya Allah'

Bahunya terenjut-enjut menahan esak. Air matanya terus mengalir. Kenangan datang bertamu menguatkan lagi ingatannya yang tidak pernah surut. Tangan diletakkan di dada..Rasa sebal menyelimuti jiwa. Keheningan dan kedinginan dinihari mencengkam hati. Rasa sakit yang dialami silih berganti dengan rasa sakit dikecewakan. Betapa sakit...

"Biey..Jangan pernah cakap lagi bagaimana dalamnya hati biey terluka..dan bagaimana sakitnya hati biey terguris. Sayang pun merasa apa yang biey rasa. Terasa berat sangat beban ini pada sayang. Rasa bersalah pada biey. Terasa sayang yang perlu dipertanggungjawabkan kalau ada apa-apa yang berlaku pada biey. Berat semua ini untuk sayang pikul. Sayang cuba tidak murung dan kita berdua patut sama-sama kuat".

"Biey tau tak, kenapa semakin banyak kita berdoa, semakin banyak dugaan yang kita terima? Kita berdoa supaya hati kita ditabah dan dikuatkan. Dia bagi lagi ujian kat kita sebab Dia tahu kita boleh tempuh dan kita boleh pikul ujian yang Dia bagi. Kita sama-sama kena kuat biey".

"Sebelum sayang berjumpa dengan biey hari tu, sebulan biey tak cakap apa-apa kat sayang. Sayang masih boleh tahan lagi kalau biey diam, tak jawab sayang call..tak reply mesej daripada sayang. Banyak perkara yang sayang fikir sebab tu sayang cari biey sampai dapat".

"Biey..Sayang sayangkan biey..."

"Biey tau tak..selama ni sayang sengaja bagi mesej yang membuatkan biey marah pada sayang. Bila kita gaduh, biey tak akan balas mesej daripada sayang. Sayang pulak akan hantar mesej banyak-banyak kat biey. Akhirnya bila sayang geram biey tak balas mesej sayang, sayang sengaja bangkitkan kemarahan biey. Sayang tahu biey akan balas mesej sayang bila biey marah. Sayang bukan puas hati dapat buat biey marah tapi sayang rasa lega bila biey balas mesej sayang"

"Sayang minta maaf, sayang dah banyak kecilkan hati biey..lukakan perasaan biey..Itu sahaja caranya nak buat biey balas mesej sayang. Apa yang sayang cakap sehingga membuatkan biey marah, sayang dah tak ingat dah..sebab sayang tak maksudkan pun kata-kata tu. Sayang selalu mengharapkan mesej daripada biey.."

Terlalu banyak kata-kata yang memberi harapan. Tapi kenapa semuanya berubah? Kalau putuskan rasa sayang sekalipun kenapa di saat aku betul-betul sedang rapuh. Tak kisahlah kalau sudah tidak mencintai tapi kenapa kejam sangat kata-kata yang dituturkan dari mulut orang yang dahulunya tidak berhenti-henti mengucapkan sayang dan rindu. Sekelip mata perasaan itu hilang. Jangankan ada sekelumit rasa kasih sedangkan kasihan pun mungkin sudah tidak wujud lagi di hatimu. Mungkin di saat ini aku cuma memerlukan seorang kawan. Kawan yang sudi mendengar. Kawan yang mengisi waktu ceriaku walaupun sebenarnya tidaklah ceria mana pun aku ni.

Puteri Elya Nafisa cuba pejamkan mata tapi minda masih berfikir. Dia memalingkan badannya ke kanan, ke kiri serba tak kena. Resah gelisah..Mengapa sukarnya memadam bayangan kenangan yang menghantui?

Ya Allah...tolong pejamkan mataku ini. Izinkan aku lena sebentar merehatkan mindaku yang sedang ligat berfikir. Penat..aku jadi letih begini.

Allahuakbar (Allah Maha Besar) tiba-tiba hati terdetik. Dia bangun terus mengambil wudu' mendirikan solat tahajjud. Rasa kerdil dirinya..sayu mencengkam perasaan..pilu. Airmata bercucuran laju menitis di sejadah.

Rasulullaah s.a.w bersabda:
Dirikanlah solat di waktu malam kerana ia adalah ibadat yang biasa dilakukan oleh orang-orang soleh sebelum kamu dan ia juga merupakan jalan ke arah mendekatkan diri kepada Tuhan dan sebagai penebus dosa dan juga sebagai perisai yang menghalangi diri dari terkena penyakit.
                                                                                          (Hadis riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Meninggalkan jauh kebelakang semasa melangkah kehadapan betapa tidak bersyukurnya hati atas segala rezeki dan pemberianNya. Tuhan memberi tanpa henti. Apa sahaja yang diusahakan dan segala perit jerih kehidupan yang dilalui adalah dengan pertolongan Allah. Sesungguhnya apa yang dinikmati hari ini ehsanNya dan pada bila-bila masa sahaja boleh ditarik kembali bila Dia mahukan begitu.

'Astaghpirullah...Astaghpirullah..Astaghpirullahalazim..'
Ya Allah, aku seperti terlupa bahawa nafas ini akan terhenti. Segala puji bagimu Ya Allah. Engkaulah yang menegakkan langit dan bumi, alam semesta serta segala isinya. BagiMu segala kepujian dan kekuasaan di langit dan bumi, alam semesta serta segala isinya. BagiMu segala kepujian, Engkau Tuhan yang benar dan janjiMu adalah benar. Syurga adalah benar dan neraka adalah benar dan para nabi itu adalah benar dan qiamat itu juga benar. Ya Allah. KepadaMu aku berserah dan kepadaMu aku berhukum. Ampunilah aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan kesalahan yang sebelumnya. Sama ada kesalahan itu yang terang mahupun tersembunyi. Sesungguhnya Engkaulah yang terdahulu dan terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah...

Akhirnya  Puteri Elya Nafisa terlena juga bersama tangisan syahdu di atas sejadah rindu. Rindunya terhadap seseorang terbenam dalam emosi yang dipendamkan. Biarlah rindu itu diiringi doa agar orang yang pernah disayangi sentiasa tersenyum gembira. Ikhlas hatinya menitipkan doa walau adakalanya hatinya berbaur rasa marah, kecewa, sepi sesekali rasa rindu silih berganti.