Saturday, October 20, 2012

Bab 1

Teresak-esak air matanya deras mengalir membasahi bantal yang dipeluk rapat ke dada. Semakin dipujuk hati supaya bertenang namun semakin kuat tangisannya. Puteri Elya Nafisa menggigit bantal dalam pelukannya dan menangis lagi semahu hati. Dijeling jam pada dekoder astro, menunjukkan sudah pukul 1.45 pagi. Dia cuba untuk duduk tapi kepalanya masih sakit. Dahinya dipicit-picit keras..aduh..Dia membaringkan semula diri ingin menyambung kembali tidurnya yang diganggu.

Matanya memandang ke atas siling, kipas berpusing..fikirannya jauh melayang.

'Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Maafkan dia..Kau lindungilah dia..Berikanlah kebaikan di mana sahaja dia berada. Sesungguhnya aku redha. Engkau tenangkanlah hati ini. Jika melupakannya adalah pilihan terbaik bagiku Kau hilangkanlah dia dari pandangan mata ini Ya Allah. Tolong  Ya Allah'

Bahunya terenjut-enjut menahan esak. Air matanya terus mengalir. Kenangan datang bertamu menguatkan lagi ingatannya yang tidak pernah surut. Tangan diletakkan di dada..Rasa sebal menyelimuti jiwa. Keheningan dan kedinginan dinihari mencengkam hati. Rasa sakit yang dialami silih berganti dengan rasa sakit dikecewakan. Betapa sakit...

"Biey..Jangan pernah cakap lagi bagaimana dalamnya hati biey terluka..dan bagaimana sakitnya hati biey terguris. Sayang pun merasa apa yang biey rasa. Terasa berat sangat beban ini pada sayang. Rasa bersalah pada biey. Terasa sayang yang perlu dipertanggungjawabkan kalau ada apa-apa yang berlaku pada biey. Berat semua ini untuk sayang pikul. Sayang cuba tidak murung dan kita berdua patut sama-sama kuat".

"Biey tau tak, kenapa semakin banyak kita berdoa, semakin banyak dugaan yang kita terima? Kita berdoa supaya hati kita ditabah dan dikuatkan. Dia bagi lagi ujian kat kita sebab Dia tahu kita boleh tempuh dan kita boleh pikul ujian yang Dia bagi. Kita sama-sama kena kuat biey".

"Sebelum sayang berjumpa dengan biey hari tu, sebulan biey tak cakap apa-apa kat sayang. Sayang masih boleh tahan lagi kalau biey diam, tak jawab sayang call..tak reply mesej daripada sayang. Banyak perkara yang sayang fikir sebab tu sayang cari biey sampai dapat".

"Biey..Sayang sayangkan biey..."

"Biey tau tak..selama ni sayang sengaja bagi mesej yang membuatkan biey marah pada sayang. Bila kita gaduh, biey tak akan balas mesej daripada sayang. Sayang pulak akan hantar mesej banyak-banyak kat biey. Akhirnya bila sayang geram biey tak balas mesej sayang, sayang sengaja bangkitkan kemarahan biey. Sayang tahu biey akan balas mesej sayang bila biey marah. Sayang bukan puas hati dapat buat biey marah tapi sayang rasa lega bila biey balas mesej sayang"

"Sayang minta maaf, sayang dah banyak kecilkan hati biey..lukakan perasaan biey..Itu sahaja caranya nak buat biey balas mesej sayang. Apa yang sayang cakap sehingga membuatkan biey marah, sayang dah tak ingat dah..sebab sayang tak maksudkan pun kata-kata tu. Sayang selalu mengharapkan mesej daripada biey.."

Terlalu banyak kata-kata yang memberi harapan. Tapi kenapa semuanya berubah? Kalau putuskan rasa sayang sekalipun kenapa di saat aku betul-betul sedang rapuh. Tak kisahlah kalau sudah tidak mencintai tapi kenapa kejam sangat kata-kata yang dituturkan dari mulut orang yang dahulunya tidak berhenti-henti mengucapkan sayang dan rindu. Sekelip mata perasaan itu hilang. Jangankan ada sekelumit rasa kasih sedangkan kasihan pun mungkin sudah tidak wujud lagi di hatimu. Mungkin di saat ini aku cuma memerlukan seorang kawan. Kawan yang sudi mendengar. Kawan yang mengisi waktu ceriaku walaupun sebenarnya tidaklah ceria mana pun aku ni.

Puteri Elya Nafisa cuba pejamkan mata tapi minda masih berfikir. Dia memalingkan badannya ke kanan, ke kiri serba tak kena. Resah gelisah..Mengapa sukarnya memadam bayangan kenangan yang menghantui?

Ya Allah...tolong pejamkan mataku ini. Izinkan aku lena sebentar merehatkan mindaku yang sedang ligat berfikir. Penat..aku jadi letih begini.

Allahuakbar (Allah Maha Besar) tiba-tiba hati terdetik. Dia bangun terus mengambil wudu' mendirikan solat tahajjud. Rasa kerdil dirinya..sayu mencengkam perasaan..pilu. Airmata bercucuran laju menitis di sejadah.

Rasulullaah s.a.w bersabda:
Dirikanlah solat di waktu malam kerana ia adalah ibadat yang biasa dilakukan oleh orang-orang soleh sebelum kamu dan ia juga merupakan jalan ke arah mendekatkan diri kepada Tuhan dan sebagai penebus dosa dan juga sebagai perisai yang menghalangi diri dari terkena penyakit.
                                                                                          (Hadis riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Meninggalkan jauh kebelakang semasa melangkah kehadapan betapa tidak bersyukurnya hati atas segala rezeki dan pemberianNya. Tuhan memberi tanpa henti. Apa sahaja yang diusahakan dan segala perit jerih kehidupan yang dilalui adalah dengan pertolongan Allah. Sesungguhnya apa yang dinikmati hari ini ehsanNya dan pada bila-bila masa sahaja boleh ditarik kembali bila Dia mahukan begitu.

'Astaghpirullah...Astaghpirullah..Astaghpirullahalazim..'
Ya Allah, aku seperti terlupa bahawa nafas ini akan terhenti. Segala puji bagimu Ya Allah. Engkaulah yang menegakkan langit dan bumi, alam semesta serta segala isinya. BagiMu segala kepujian dan kekuasaan di langit dan bumi, alam semesta serta segala isinya. BagiMu segala kepujian, Engkau Tuhan yang benar dan janjiMu adalah benar. Syurga adalah benar dan neraka adalah benar dan para nabi itu adalah benar dan qiamat itu juga benar. Ya Allah. KepadaMu aku berserah dan kepadaMu aku berhukum. Ampunilah aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan kesalahan yang sebelumnya. Sama ada kesalahan itu yang terang mahupun tersembunyi. Sesungguhnya Engkaulah yang terdahulu dan terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah...

Akhirnya  Puteri Elya Nafisa terlena juga bersama tangisan syahdu di atas sejadah rindu. Rindunya terhadap seseorang terbenam dalam emosi yang dipendamkan. Biarlah rindu itu diiringi doa agar orang yang pernah disayangi sentiasa tersenyum gembira. Ikhlas hatinya menitipkan doa walau adakalanya hatinya berbaur rasa marah, kecewa, sepi sesekali rasa rindu silih berganti.





No comments:

Post a Comment